Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan status terkini kes Covid-19 di Malaysia sehingga 30 Januari 2022 setakat jam 12 tengah hari.
Menurut KKM, kes sembuh pada hari ini adalah sebanyak 3,056 menjadikan kes sembuh keseluruhan sebanyak 2,780,771.
Manakala kes harian pada harini mencecah 4,915 kes menjadikan kes kumulatif 2,865,984.
Kes import pada hari ini sebanyak 188 orang, 111 warganegara dan 77 bukan warganegara.
KKM menasihati agar rakyat Malaysia terus mengamalkan SOP dan elakkan 3S iaitu elak kawasan yang sesak, sempit dan sembang dalam jarak yang dekat.
Sumber: KKMSumber: Kementerian Kesihatan Malaysia