Setakat ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 483 laporan polis berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman sosial Facebook.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad, kenyataan berbentuk penghinaan itu dibuat di halaman Facebook Kiub Batu Itu Berhala.
Selain itu, beliau juga menasihati agar orang ramai supaya menjaga sensitivi agama atau kaum terutamanya di laman media sosial. Setiap warga Malaysia mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan negara ini berkekalan.
Sumber: Bernama, Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)