43 Model Telefon Termasuk iPhone Lama Ini Tidak Lagi Boleh Guna Whatsapp Mulai 1 Jan 2023
Berjuta-juta pengguna telefon pintar lama di seluruh dunia tidak lama lagi akan kehilangan akses kepada aplikasi WhatsApp selepas 31 Disember ini.
Memetik laporan The Independent, keputusan itu melibatkan 49 model telefon bimbit termasuk Apple iaitu bagi model iPhone 5 dan 5C. Selain itu, model-model lama Android daripada jenama seperti Samsung, Huawei dan LG juga turut terlibat.
Pengguna-pengguna telefon model lama yang terjejas akan dimaklumkan melalui satu notifikasi sebelum aplikasi berkenaan berhenti berfungsi pada telefon bimbit masing-masing.
WhatsApp dalam satu kenyataan menjelaskan langkah itu diambil kerana kerana telefon bimbit dan sistem operasinya kini kerap berubah. Jadi, pihaknya kerap membuat semakan mengenai model dan sistem operasi mana yang akan disokong dengan kemas kini aplikasi.
”Peranti lama juga mungkin tidak mempunyai kemaskini keselamatan yang terkini atau kekurangan fungsi yang diperlukan untuk menjalankan operasi Whatsapp,” kata Whatsapp.
Seperti syarikat teknologi yang lain, mereka juga membuat penilaian berkala. Setiap tahun, Whatsapp akan menganalisis model lama manakah yang akan dihentikan sokongan kemas kini dan salah satu faktor yang diambil kira bilangan pengguna yang masih menggunakan model telefon bimbit berkenaan.
Menurut GizzChina, berikut adalah senarai telefon bimbit yang terlibat adalah:
BACA: Kes Ameba Pemakan Otak Di Korea Selatan, KKM Minta Orang Ramai Hati-hati Ketika Buat Aktiviti Air Tawar
Sumber: Independent, GizChina