
Awal pagi semalam, ramai netizen terutama Malaysia kagum menonton perlawanan Hungary lawan Portugal di Budapest, Hungary dalam kejohanan EURO 2020 kerana kerajaan Hungary membenarkan kapasiti penuh untuk penyokong memenuhi segenap inci Puskas Stadium di Budapest.
Mungkin anda tertanya, kenapa rakyat Hungary sudah tidak perlu memakai topeng muka, jaga penjarakan sosial dan tak perlu duduk di rumah. Mereka sudah boleh kembali hidup normal seperti dahulu.


Meh SK nak share antara punca utama Hungary berjaya kembali hidup normal berbanding negara-negara lain yang masih ketat dengan SOP. Tahukah anda, dalam 9.7 juta populasi negara Hungary, 4.1 juta daripadanya sudah menerima dua dos vaksin bersamaan 42.1 peratus daripada jumlah populasi.
5.3 juta yang lain pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin bersamaan 54.3 peratus daripada jumlah populasi. Jika dijumlahkan, sekurang-kurangnya 9.4 juta daripada 9.7 juta populasi Hungary sudah menerima vaksin. Ini bersamaan dengan 96.4 peratus dan menurut WHO, untuk mencapai Immuniti Kelompok (Herd Immunity), sesebuah negara perlu mencapai 80 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi menerima dua dos vaksin.
Jelas disini, Hungary boleh dikatakan sebelah kaki sudah berjaya dalam usaha mereka memerangi pandemik Covid-19. Bukti yang jelas, perlawanan Hungary lawan Portugal semalam telah menterjemahkan segala-segalanya.
Jika nak dibezakan dengan negara Malaysia, populasi Hungary jauh lebih rendah. Tapi tidak mustahil kita juga mampu mencapai immuniti kelompok yang diperlukan untuk mrendahkan risiko penularan wabak Covid-19 ini.


Sumber: Vaccine