Gambar: Fox 32 Chicago via U.S. Coast Guard Air Station Port Angeles

40 Kontena Dilapor Jatuh Ke Dalam Lautan Pasifik, Dipercayai Akibat Laut Bergelora

Nadhirah

Empat puluh kontena jatuh ke dalam lautan pasifik akibat laut bergelora berdekatan Selat Juan de Fuca, lapor Fox 13.

Kapal tersebut sedang melalui laluan di sebelah barat selat Juan De Fuca sebelum kontena-kontena tersebut jatuh berikutan ombak besar yang membadai kapal itu.

Kontena-kontena yang dibawa oleh kapal itu telah jatuh pada lewat tengah malam Jumaat lalu. ”Namun, beberapa kontena masih terapung.” jelas Pengawal Pantai A.S kepada berita Fox 13.

Kini kapal itu dikatakan telah berlabuh berdekatan Viktoria, British Columbia bagi mengira dan merekod senarai inventori kapal yang telah hilang.

Gambar: Fox32 Chicago via USCGPacificNorthwest

Krew-krew kapal juga sedang memantau pergerakan kontena-kontena yang masih terapung itu.

Sumber: Fox32 Chicago