
4 Warna Asap Ekzos Boleh Jadi Petanda Kerosakan Enjin, No. 3 Ramai Anggap Biasa
Pada hari ini, kereta merupakan satu keperluan yang penting bagi memudahkan urusan untuk melakukan aktiviti harian terutamanya bila anda sudah bekerja.
Tanpa kenderaan peribadi itu, jadual harian individu mungkin akan terganggu.
Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan agar kereta masing-masing sentiasa berada dalam keadaan yang baik, malah boleh digunakan sepanjang masa tanpa sebarang masalah.
Untuk memastikan kereta dapat berfungsi dengan baik sepanjang masa, maka jadual penyelenggaraan kenderaan mestilah dijaga dan dibawa ke pusat servis secara teratur.
Hal ini bagi mengelakkan kenderaan tersebut meragam sehingga boleh mendatangkan masalah kepada anda sebagai pemilik nanti.
Dalam pada itu, anda juga boleh menilai sendiri tanda-tanda yang ditunjukkan oleh kereta yang boleh menjadi pentunjuk bahawa kenderaan sedang bermasalah.
Salah satu tanda yang boleh diperhatikan adalah melalui warna asap yang keluar daripada ekzos kenderaan.
Bagaimana mahu mengenali kesemua jenis asap ekzos tersebut dan punca masalahnya sebagai persiapan bagi mengesan sebarang kerosakan?
Mujurlah, seorang mekanik berpengalaman, Muhammad SE ada jawapannya. Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.
4 jenis warna asap ekzos yang keluar dan tanda-tanda kerosakan enjin
Baru-baru ni, kawan mengadu, “Bro, kereta aku ada keluar asap putih bila start pagi-pagi. Itu biasa kah atau ada yang tidak kena?”
Saya senyum, ini memang antara soalan biasa yang saya dapat. Warna asap yang keluar dari ekzos kereta sebenarnya boleh beri petunjuk penting tentang keadaan enjin kau.
Mari kita lihat jenis-jenis asap dan apa maksudnya.
1. Asap Putih (White Smoke)
“Jika asap putih keluar ketika enjin sejuk, itu perkara biasa kerana ia adalah wap air yang terkondensasi. Tapi, jika asap putih tebal dan berterusan, ini mungkin tanda masalah serius.”
Kemungkinan punca coolant bocor ke dalam ruang pembakaran (gasket kepala silinder bocor). Risiko overheating yang boleh rosakkan enjin.
Kau patut periksa paras coolant di radiator. Jika cepat berkurang, bawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.
2. Asap Biru (Blue Smoke)
“Jika asap biru menunjukkan minyak enjin terbakar bersama bahan api.”
Kemungkinan punca minyak enjin masuk ke ruang pembakaran kerana piston ring haus atau valve seal bocor. Terlalu banyak minyak dalam enjin.
Kau patut segera periksa paras minyak enjin. Masalah ini biasanya memerlukan pembaikan dalaman enjin, jadi bawa ke bengkel secepat mungkin.
Petanda asap hitam menunjukkan enjin membakar bahan api secara berlebihan.
Kemungkinan punca penapis udara tersumbat, sensor oksigen atau injektor bahan api bermasalah. Selain itu, ECU tidak berfungsi dengan betul.
Kau patut periksa dan bersihkan penapis udara. Jika masih ada asap hitam, lakukan pemeriksaan sistem bahan api dan sensor enjin.
4. Asap Kelabu (Grey Smoke)
Kalau asap kelabu biasanya lebih sukar untuk dikenalpasti kerana ia boleh disebabkan oleh beberapa masalah. Kemungkinan puncanya;
Masalah PCV valve (Positive Crankcase Ventilation).
Minyak transmisi bocor dan terbakar (pada kereta transmisi automatik).
Kerosakan turbocharger (jika ada).
Periksa sistem PCV dan paras minyak transmisi. Jika ada tanda-tanda turbo bermasalah, segera dapatkan pemeriksaan profesional.
Kenapa Penting Kau Fahami Jenis Asap?
Asap dari ekzos kereta bukan sekadar petanda kecil. Ia adalah cara enjin berkomunikasi tentang kesihatan sistem dalaman.
Jika dibiarkan, masalah kecil seperti penapis udara kotor atau gasket bocor boleh menjadi kerosakan besar yang mahal untuk dibaiki.
“Oh, jadi kalau ada warna yang tak biasa keluar, maksudnya memang ada sesuatu yang kena kena la?” sambungnya.
“Betul, bro. Jangan abaikan asap yang kelihatan luar biasa. Lagi cepat kau ambil tindakan, lagi murah kos pembaikan nanti.”
BACA: Zii Jia Terpaksa Naik Kerusi Roda, Peminat Luah Rasa Kecewa Dengan Peraturan BWF
Semoga bermanfaat.
Sumber: Muhammad SE via Facebook