Pada 17 Ogos lalu, negara Republik Indonesia telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-75 tahun walaupun sedang berdepan dengan wabak pandemik Covid-19.
Walaupun begitu, penduduk di sebuah kampung di Magelang, Jawa Tengah mengadakan satu pertandingan yang luar biasa semperna menyambut hari Kemerdekaan iaitu para jejaka diminta untuk menatap gambar wajah bekas kekasih.
FOTO:TRIBUNEWSMenurut salah seorang peserta, tujuan pertandingan ini diadakan hanyalah untuk hiburan di kemerdekaan pada waktu wabak ini.
Tambahnya lagi, sebelum ini pertandingan seperti itu tidak pernah diadakan tetapi aktiviti seperti pertunjukan seni sering diadakan namun memandangkan tiada perayaan menyambut hari kemerdekaan tersebut, dia adakan pertandingan seperti ini untuk hiburan semata-mata.

Para peserta merupakan rakannya sendiri, pertandingan ini mendapat tarikan ramai oleh penduduk sekitar. Aktiviti tersebut hanya dilakukan di depan kediaman mereka dan ada penonton yang datang melihat.

Jadi, kalau ada pertandingan seperti ini di sini, korang nak masuk tak? Ada yang sanggup tak?
Sumber: Tribunnew