Meletakkan tanaman di rumah tidak hanya membuat ruang lebih cerah, segar dan menarik tetapi ada banyak manfaat lain yang boleh kita perolehi. Tanaman seperti lidah buaya misalnya dapat membantu meredakan kulit akibat terbakar sinar matahari atau gigitan serangga pada kulit. Tanaman dalam ruangan juga boleh membantu meningkatkan ketenangan hati dan kreativiti. Terdapat beberapa jenis tanaman juga dapat membantu meredakan alergik yang mungkin anda alami dengan mengahalau allergen yang ada di rumah.
Beberapa tanaman yang boleh dijadikan pilihan antaranya ialah:
1. Dracaena
Menurut Better Homes & Gardens, dracaena memiliki kemampuan dalam menyerap allergen dari udara dan memerangkap pada daunnya. Kerana tanaman ini boleh tumbuh menjadi besar, pastikan untuk memangkasnya secara teratur dan menyimpannya di tempat yang terdedah dengan sinar matahari.
2. Bamboo Palm (buluh kuning)
Bambu kuning diyakini memiliki kemampuan untuk meningkatkan kualiti udara di rumah, menapis karbon monoksida, formaldehida, xylene dan juga karbon yang semuanya merupakan polusi yang dapat gejala alergik semakin teruk. Untuk menjaganya supaya tetap sihat, siramlah tanaman ini secara teratur dan letak di tempat yang terdedah dengan sinar matahari.
3. Gerbera Daisies
Selama anda tidak alergi terhadap debunga, tanaman berwarna cerah ini dapat membantu menapis benzena, bahan kimia yang ditemukan dalam racun perosak, cat, pewarna dan asap tembakau. Tanaman ini memerlukan sinar matahari terpancar terus dan dapat memberikan sentuhan berbeza di sudut rumah anda.
4. English Ivy
Sebuah penelitian kecil menemukan bahawa English Ivy dapat mengurangkan jumlah spora kulat di udara. Kemampuan ini tentunya sangat bagus terutama bagi mereka yang mengalami alegik dengan kulat.
Sumber- Kompas.com