Bekas pemain bola sepak Perancis, Jean-Pierre Adams meninggal dunia semalam setelah koma selama 39 tahun berikutan pembedahan lututnya pada tahun 1982.
Adams dilaporkan tidak pernah sedarkan diri daripada tidur selepas dibius untuk pembedahan lutut di sebuah hospital di Perancis.
Memetik laporan AFP, doktor anaestetik Adams ketika itu perlu menangani lapan pesakit lain dan menyerahkan Adams dalam pengawasan seorang pelatih.
Kedua-dua mereka didapati bersalah oleh mahkamah pada tahun 1990-an dan dikenakan denda 750 euro (sekitar RM 3,700) beserta sebulan tempoh percubaan.
Bekas pemain pertahanan itu meninggal dunia di Nimes pada usia 73 tahun, meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.
Di era kegemilangannya, Adams pernah bermain untuk pasukan Nice dan Paris Saint-Germain serta muncul dalam 22 perlawanan antarabangsa.
Sumber: AFP