Sebuah kapal persiaran Norway dilaporkan diserang dengan wabak COVID-19 selepas lebih sebulan berlayar untuk kali pertamanya sejak wabak pandemik itu melanda dunia.
Ketika semua penumpang sudah mulai meninggalkan kapal tersebut, pemiliknya telah mendapati bahawa 33 orang daripada anak kapalnya telah disahkan positif dijangkiti dengan virus COVID-19 semasa baru sahaja berlabuh di Tromsø, Norway pada Jumaat lalu.
Kapal yang bernama MS Roald Amundsen itu dilaporkan telah memulakan pelayarannya sebanyak dua kali iaitu pada 17 Julai dan 24 Julai.
Susulan daripada itu, syarikat kapal tersebut telah menghubungi kesemua penumpang dan meminta mereka supaya mengkuarantin diri mereka di rumah.
Kapal persiaran telah muncul sebagai penyebar awal COVID-19, dan hampir semua kapal persiaran di dunia telah diarahkan berlabuh berikutan wabak tersebut dilihat seakan tidak berpenghujung.
“Kami kini sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat terkini penumpang serta pekerja kami,” ujar Rune Thomas Ege, Pengurus Besar bahagian komunikasi Hurtigruten.
Krew yang bukan berasal daripada Eropah diarahkan untuk diuji negatif sebanyak dua kali terhadap virus tersebut sebelum boleh menaiki kapal tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak kapal tersebut tidak mengulas dengan lebih lanjut berkenaan sama ada penumpang diuji terlebih dahulu sebelum menaiki kapal itu ataupun tidak.
Sumber: Daily beast