
Pihak KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 23 April 2020, dilaporkan terdapat seramai 325 anggota KKM yang dikesan positif COVID-19 (iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia).
Daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di kalangan anggota KKM, sebanyak:
185 kes telah pulih sepenuhnya dan didiscaj
137 kes sedang dirawat di hospital
3 kes kematian
Kes-kes ini terdiri daripada:
77 orang Pegawai Perubatan;
66 orang jururawat;
34 orang Pegawai Perubatan Siswazah;
23 orang Pakar Perubatan;
21 orang Penolong Pegawai Perubatan;
104 lain-lain skim perkhidmatan.
Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota KKM ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes yang telah disahkan positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.
Didapati, 70% kes adalah berpunca daripada aktiviti persendirian misalnya menghadiri majlis keraian, ke luar negara dan sebagainya.
Sumber: Sidang media KKM