Data terbaharu menunjukkan seramai 3,106 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dijangkiti COVID-19 walaupun selepas lengkap dua dos vaksin.
Bagaimanapun, majoriti mereka yang dijangkiti hanyalah dalam kategori 1 dan 2. Selain itu, seramai tiga (3) orang dijangkiti bagi kategori 3, tiga (3) lagi bagi kategori 4 dan tiada seorang pun bagi kategori 5.
Jelas KKM, jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas KKM selepas ‘fully vaccinated’ boleh berlaku tetapi dengan kadar jangkitan dan keterukan yang rendah.
Malah menurut statistik, 1.26 peratus daripada mereka yang dijangkiti kebanyakannya tidak bergejala atau menunjukkan gejala ringan sahaja.
Angka ini membuktikan bahawa suntikan vaksin COVID-19 terbukti mampu menyelamatkan nyawa. Oleh itu, orang ramai diseru untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin melalui www.vaksincovid.gov.my.
Sumber: KKM