padu kad touch 'n go nfc
Kredit: X

3,000 Pendaftar Pertama PADU Dapat Kad TnG NFC Percuma

Nur Syahirah Zainoor Hisham

3,000 Pendaftar Pertama PADU Dapat Kad TnG NFC Percuma

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari depan.

“PADU juga merupakan sebahagian daripada rancangan besar penstrukturan ekonomi kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, Rafizi berkata 3,000 pendaftar pertama Sistem PADU bakal menerima kad NFC Touch ‘n Go secara percuma.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam sidang media pra-peluncuran PADU – Kesepaduan Data Ke Arah Pemanfaatan Rakyat.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

Memetik portal rasmi Kementerian Ekonomi, maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Menurut Rafizi, maklumat yang diperolehi ini akan digunakan oleh kerajaan untuk membuat rujukan semasa penentuan penyasaran subsidi pada masa yang akan datang.

“Selain daripada itu, PADU juga merupakan ‘back bone database‘ kepada khidmat digital kerajaan, ” kata Rafizi lagi.

Beliau turut memberitahu bahawa sudah banyak keputusan yang dibuat sejak beberapa bulan lepas bersabit dengan ekonomi digital dan pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

“Perkara ini hanya boleh dibuat jika kerajaan mempunyai satu pangkalan data berpusat yang lengkap dan itulah satu fungsi strategi PADU.

“Walaupun tumpuan utama PADU pada masa kini adalah untuk penyasaran semula subsidi, tetapi selepas itu saya berharap rakyat dapat melihat bagaimana PADU ini akan memberi anjakan besar kepada kecekapan perkhidmatan kerajaan,” katanya lagi.

3,000 pendaftar terawal bakal terima kad NFC Touch ‘n Go percuma

Untuk makluman, perlaksanaan PADU telah pun bermula pada Jun 2023 yang bermula dengan penglibatan urus agensi yang terlibat.

Berdasarkan portal rasmi Kementerian Ekonomi, Fasa 1 (PADU) telah berjaya dibangunkan dan bersedia untuk penggunaan perniagaan.

Garis Masa Perlaksanaan PADU (Fasa 1) dijangka berakhir pada Januari 2024 iaitu apabila profil individu yang komprehensif tersedia untuk rakyat.

BACA: Hilang Kerja? Anda Mungkin Layak Mohon SIP, Ada Enam Elaun

Sumber: Rafizi Ramli via X, Bernama via X