SEGAMAT – Terdapat lebih 300 sekolah di seluruh negara telah terjejas akibat banjir dengan sebahagiannya telah dibuka bagi sesi persekolahan penggal ketiga bermula hari ini untuk kumpulan A.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin, terdapat beberapa sekolah yang masih belum dibuka disebabkan masih digenangi air, dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) ataupun masih dalam proses pembersihan.
Mohamad Alamin berkata, bagi beberapa sekolah yang masih belum dibuka mengikut jadual asal dijangka akan memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan.
Tambahnya, lebih 14,000 pelajar telah terjejas akibat bencana banjir dibenarkan untuk memakai pakaian biasa ke sekolah. Kementerian Pendidikan juga memberi jaminan bahawa bekalan buku teks akan sentiasa mencukupi bagi menggantikan lebih 260,000 buku teks yang rosak akibat banjir.
Sumber: Kosmo! ONLINE