30 Taliban Maut Akibat Letupan Semasa Sesi Kelas Membuat Bom Di Sebuah Masjid

Edayu

Sekurang-kurangnya 30 taliban termasuk enam warga asing terbunuh dalam satu letupan di dalam masjid di Utara Afghanistan Sabtu lalu. Tempat kejadian terletak di Desa Qultaq di daerah Dowlatabad di Balkh.

Menurut maklumat pihak berkuasa, trajedi itu berlaku ketika mereka menjalani kelas membuat bom dan jerangkap samar. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka sehinggakan mengorbankan 30 orang dan mereka yang terkorban dipercayai pembuat bom profesional.

Satu kenyataan mengatakan bahawa enam lagi mangsa terkorban tidak dikenal pasti kerana mengalami luka parah akibat letupan tersebut.

Dalam kejadian berasingan, dua kanak-kanak terkorban akibat terpijak bom IED yang ditanam oleh Taliban di Kampung Qotar Blaq wilayah Kunduz.

Kes kematian melonjak naik selepas keganasan Taliban berkuasa di negara tersebut walaupun perbincangan damai dengan pemerintah kabul sudah terhenti.

Sumber: Dailymail