mangsa sindiket pekerjaan
Kredit: Bernama

30 Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Penipuan Kerja Di Kemboja Sedang Dicari – Duta

Nurhanis

Seramai 30 rakyat Malaysia yang dilapor menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja sedang dicari pihak berkuasa negara berkenaan.

Menerusi Bernama di laman Twitter, perkara itu disahkan oleh duta Malaysia ke Kemboja yang dikatakan masih lagi mencari mangsa-mangsa yang tertipu untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Dalam masa sama, 29 lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berkenaan yang sudah berada di depoh imigresen di sana bakal dibawa pulang secara berperingkat.

“29 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja yang berada di depoh imigresen negara itu dijangka dibawa pulang secara berperingkat bermula hujung bulan ini,” kata Duta Malaysia ke Kemboja menerusi Bernama.

Berita penuh menyusul.

Sumber: Bernama