
3 Maut, 7 Cedera Dalam Runtuhan Papan Iklan Di China
KUNMING, 23 Julai (Bernama-Xinhua) — Tiga orang terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila papan iklan kedai di tepi jalan tumbang pada Isnin malam di Kunming, ibu kota wilayah Yunnan di barat daya China, kata pihak berkuasa pengurusan kecemasan tempatan hari ini.
Menurut biro pengurusan kecemasan daerah, seramai 10 orang cedera dalam insiden 9.58 malam itu yang berlaku di Jalan Jinjiang, daerah Panlong.
Daripada mereka yang cedera, tiga orang meninggal dunia manakala baki tujuh individu sedang menerima rawatan di hospital.
Laporan cuaca menunjukkan daerah itu mengalami hujan pada Isnin, tetapi tiada angin kencang.
Jabatan berkaitan telah membentuk pasukan penyiasat bersama untuk menentukan punca kejadian dan individu yang disyaki bertanggungjawab kini berada dalam tahanan polis.
BACA: Nyaris Maut Dibaham, Remaja Tumbuk Mata Buaya Berjaya Selamatkan Diri
BACA: 91 Murid SK Pulau Gaya Keracunan Makanan
BACA: Lori Muatan Batu Dipercayai Hilang Kawalan, Kemalangan Babit 10 Kenderaan
Sumber: BERNAMA