Baru-baru ini tular di Facebook bahawa seorang lelaki warga emas bernama Hamzah Bin Salamon telah hilang dari ‘pandangan’ keluarga.
Menurut Athirah, anak kepada Hamzah memaklumkan perkara tersebut di laman Facebook miliknya. Athirah memaklumkan berita tersebut pada 7 Februari tepat jam 11.42 malam.
Ayahnya yang hilang sejak hari tersebut masih belum ditemui sehingga hari ini dan dia serta adik beradik yang lain masih dalam proses mencari ayah mereka.
“Salam, nak minta jasa baik korang area Muar untuk cari ayah saya. Dia keluar dari pukul 2 petang sampai sekarang tak balik rumah. Adik dah try cari tapi tak jumpa,” tulisnya dalam satu perkongsian di Facebook pada 7 Februari baru-baru ini.
Jelas Athira, ayahnya dikatakan sudah mula nyanyuk dan sering terlupa akan banyak perkara.
“Untuk pengetahuan ayah saya nyanyuk dia dah lupa banyak benda. Dia hanya ingat rutin harian dia saja dan biasanya kalau dia keluar rumah dia tahu jalan balik.
“Tapi kali ni mungkin dia salah masuk jalan dan ‘lost’ untuk cari jalan balik,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.
Gambar: Athira HamzahMenurutnya lagi, ayahnya keluar menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC bernombor plat WYT8175.
Ayahnya yang keluar dari rumah lebih kurang jam 2 petang itu memakai baju jenis ’round neck’ bewarna kelabu dan dipercayai sama seperti dalam gambar yang dikongsikan.
Beliau juga menyeru kepada sesiapa yang terjumpa ayahnya untuk menghubungi beliau atau adiknya yang lain.
“Jika ada ternampak ayah saya tolong follow dia dan terus hubungi saya (Athira 013-4723712) untuk kami adik beradik segera ke lokasi. Kami risau yang dia tak akan faham atau dengar cakap orang yang dia tak kenal,” katanya lagi.
Sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi mereka melalui talian berikut:-
Sumber: Facebook Athirah