Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa jumlah kes positif baharu setakat hari ini merupakan kes yang paling tertinggi dalam tempoh 9 hari.
Menerusi carta yang dikongsikan di laman Twitter rasmi KKM menunjukkan jumlah kes hari ini merupakan antara yang tertinggi untuk kes harian Covid-19.
Setakat hari ini, 16 kes tempatan dilaporkan termasuk 12 kes dari PUI Kluster Sivagangga di Perlis seramai 10 kes, Kedah 1 kes dan Pulau Pinang 1 kes. Daripada 9 kes impor pula di Sabah iaitu tertinggi 4 kes.
KKM menasihatkan kepada orang ramai untuk sentiasa memakai pelitup muka untuk melindungi diri.
Sumber: KKM