Timbalan Presiden Parlimen Iran menyatakan bahawa 23 ahli parlimen di negara itu telah dijangkiti dengan koronavirus, lapor The Spectator Index.
Menurut world odometer, Iran sehingga kini telah mencatatkan kes sebanyak 1,501 orang dengan jumlah kematian yang dicatatkan pula adalah seramai 66 orang.
Kes jangkitan yang berlaku di Iran adalah merupakan antara yang terburuk kerana bukan rakyat sahaja yang terjangkit, malahan golongan pemimpin juga tidak terkecuali dari dijangkiti dengan virus yang mula-mula tercetus di Wuhan ini.
Selepas mendakwa wabak itu terkawal seminggu yang lalu, jumlah kes yang dilaporkan secara rasmi telah meningkat dua kali ganda hampir setiap hari dan sekurang-kurangnya 66 orang kini telah mati, menurut angka rasmi.
Kes pertama virus itu disahkan terjadi di kota Qom yang mempunyai penduduk seramai 1.2 juta penduduk pada 19 Februari yang lalu, lapor Financial Times.
Sehingga kini tiada penawar yang berjaya dihasilkan bagi melawan virus Covid-19 ini.
Sumber: The Spectator Index/Financial Times/world odometer