
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan satu amaran ribut petir pada jam 4.30 petang tadi. Amaran ribut petir dijangka melanda sebahagian besar negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Antara negeri-negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bagi pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu dalam keadaan hujan lebat.
Amaran ribut petir ini juga dijangka berlarutan sehingga jam 8 malam ini.
Sumber: MetMalaysia