MADRID, 26 Nov– Sebuah siasatan telah dilakukan berhubung kejadian dimana 200 ekor burung mati dan ‘jatuh’ dari langit seperti hujan di luar kawasan di sebuah hospital di Madrid, Sepanyol, dalam kejadian yang berlaku 26 November lalu.
Setakat ini, tiada pihak yang mempunyai maklumat mengenai punca kepada kepada peristiwa menyedihkan itu.
Lapor media tempatan, burung-burung tersebut mula terjatuh ke atas kereta-kereta dan juga pejalan kaki sekitar pukul 9.00 pagi.
Kejadian ini dikatakan berlaku di luar kawasan Hospital Juan Cardona dan polis telah mengesahkan bahawa tiada warga yang tercedera.
Presiden Persatuan Penduduk Tempatan Mapi Rodríguez memberitahu media, “Burung-burung itu terjatuh dari atas pokok berhampiran kawasan kecemasan di hospital, terjatuh beberapa meter dari laluan pejalan kaki.
Burung-burung tersebut bagaimanapun telah di kumpulkan dan sedang di bedah siasat bagi tujuan untuk mencari tahu punca kejadian ini berlaku. Di percayai dua ekor burung telah di bawa oleh Agensi Alam Sekitar Serantau untuk dianalisis dan Majlis Bandaraya Ferrol kini telah menyertai siasatan.
Peristiwa seperti ini turut pernah berlaku pada awal tahun 2021 di kawasan Tarragona. Daripada kajian menunjukkan bahaawa ratusan burung jatuh dari langit akibat daripada bahan kimia toksik yang dikeluarkan oleh loji petrokimia di kawasan itu.
Sumber: Spanish News Today