
20 Individu Terkaya Dunia 2025 Menurut Forbes
Setiap orang pastinya memasang impian untuk memiliki aset dan kekayaan.
Malah, ramai yang sentiasa mencari pelbagai cara dan peluang untuk menambah jumlah aset yang dimiliki demi menjamin masa depan yang lebih selesa dan stabil.
Setiap hari ramai yang bekerja keras dalam menjana pendapatan harian.
Namun pernahkah anda terfikir siapakah individu yang memilliki jumlah kekayaan paling banyak dalam dunia ini?
Setiap tahun, majalah Forbes antara rujukan utama dalam menilai kekayaan seseorang khususnya individu berpengaruh di dunia.
Lebih sebulan lalu, tahun 2025 telah menutup tirainya, menyaksikan landskap kekayaan global terus didominasi oleh tokoh-tokoh dalam pelbagai sektor.

Tokoh berpengaruh, Elon Musk muncul sebagai manusia terkaya dengan terus mengukuhkan aset kekayaannya pada 2025 daripada $195 bilion kepada $342 bilion.
Di tempat ke-2, Bapa Facebook, Mark Zuckerberg dengan jumlah kekayaan keseluruhan bernilai $216 bilion. Diikuti pemilik Amazon, Jeff Bezos dengan asetnya yang bernilai $215 Bilion.
Di tempat ke-4 dan ke-5 pula masing-masing dipegang oleh Larry Ellison (Oracle) Bernard Arnault & Family (LVMH) dengan harta bernilai $192 Bilion dan $178 Bilion.
Warren Buffett (Berkshire Hathaway) pula memegang sebagai individu ke-6 terkaya di dunia dengan aset bernilai $154 Bilion.
Sementara itu, pengasas bersama kepada carian enjin Google, Larry Page dan Sergey Brin muncul sebagai orang kaya ke-7 dan ke-8 dengan jumlah aset masing-masing mencecah $144 Bilion dan $138 Bilion.
Di kedudukan ke-9 adalah pemilik jenama pakaian global Zara, Amancio Ortega dengan nilai $124 Bilion.

Manakala individu ke-10 pula merupakan pengasas bersama Microsoft, Steve Ballmer yang mempunyai anggaran aset bernilai $118 Bilion.
Rob Walton & Family (Amerika Syarikat) – $110 Bilion – Walmart
Jim Walton & Family (Amerika Syarikat) – $109 Bilion – Walmart
Bill Gates (Amerika Syarikat) – $108 Bilion – Microsoft
Micheal Bloomberg (Amerika Syarikat) – $105 Bilion – Bloomberg LP
Alice Walton (Amerika Syarikat) – $101 Bilion – Walmart
Jensen Huang (Amerika Syarikat) – $98.7 Bilion – Semiconductors
Micheal Dell (Amerika Syarikat) – $97.7 Bilion – Dell Technologies
Mukesh Ambani (India) – $92.5 Bilion – Diversified
Carlos Slim Helu & Family (Mexico) – $82.5 Bilion – Telecom
Francoise Bettencourt Meyers & Family (Perancis) – $81.6 Bilion