
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 19,680 kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 direkodkan hari ini.
Difahamkan, jumlah kes sembuh hari ini merupakan angka sembuh tertinggi yang pernah dicatatkan sejak pandemik bermula di negara ini awal tahun lepas.
Dalam pada itu, kes positif baharu juga mencatatkan pertambahan sebanyak 22,424 kes, diikuti dengan 225 kematian.
Setakat ini, sebanyak 1,060 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 540 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sumber: KKM