19 Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang
Gambar: APM Kuala Lumpur via Facebook

19 Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang

Hannah

19 Kenderaan Dihempap Pokok Tumbang

Sebanyak sembilan buah kereta dan lapan motosikal mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Seksyen 2, Wangsa Maju, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soerharto berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.43 malam.

Dalam kejadian berasingan, APM Daerah Kuala Lumpur turut melaporkan satu lagi insiden pokok tumbang di Jalan Nipah, Off Jalan Ampang, pada jam 10.09 malam.

Pokok yang tumbang di lokasi tersebut telah menghempap dua buah kereta yang diparkir berhampiran pagar Kedutaan Republik Korea.

Selain itu, kabel elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut terjejas dalam kejadian ini.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini bagi kedua-dua kejadian pokok tumbang semalam.

BACA: Pak Cik Basri Dilapor Meninggal Dunia

BACA: Genap 75 Tahun, Tragedi Bukit Kepong Masih Segar Dalam Ingatan

BACA: “9 Tahun Besarkan”, Evian ‘Pergi’ Selamanya

Sumber: APM Kuala Lumpur, BERNAMA