16 kes baharu daripada sebuah kluster di Pedas merupakan kes daripada saringan kali kedua yang dijalankan setelah dikuarantinkan selama 13 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada hari ke-13 pihak kesihatan akan menjalankan sekali lagi saringan.
“Kita telah kuarantin mereka daripada terdedah dengan kes yang positif dan hari ke-13 kita akan menjalankan saringan, apabila kita jalankan saringan tersebut iaitu saringan ulangan, ada 16 kes yang positif.

“Dan bila positif, kita asingkan mereka dan masukkan mereka ke hospital.
“(Bagaimanapun) keadaan terkawal, iaitu mereka dalam pengakhiran atau penghujung tempoh kuarantin iaitu kuarantin daripada close contact dengan kes yang positif,” katanya dalam satu sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.
Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi 26:10 dan 31:10.
Sumber: KKM