16 daripada 84 kes kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan hari ini merupakan kes kematian di luar hospital atau Brought In Dead (BID).
Dalam masa sama, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kematian COVID-19 kini turut meningkat kepada 3,768 kes.
Difahamkan, kes BID adalah merujuk kepada kematian di luar hospital dan kematian itu disahkan disebabkan COVID-19 selepas proses bedah siasat dijalankan.
Daripada 84 kematian tersebut, 61 orang daripadanya adalah yang berumur 60 tahun ke atas, 21 orang berumur lingkungan 30 ke 59 tahun dan dua (2) orang di bawah 30 tahun.
Mengikut jumlah kematian keseluruhan, 68 kes mempunyai latar belakang penyakit, manakala 16 selebihnya tiada sebarang latar belakang penyakit.
Berikut di bawah adalah senarai 84 kematian pada hari ini:-
Sumber: KP Kesihatan