Gambar Via Google

15 Orang Dilaporkan Cedera Dalam Kejadian Tembakan Ketika Hadiri Pengebumian Di Chicago

Sofea

Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan yang disasarkan ke arah orang awam yang menghadiri pengebumian di komuniti Auburn Gresham semalam, lapor CBS Chicago.

Deputi Superitendan Polis Chicago, Eric Carter mengatakan bahawa suspek di dalam sebuah kenderaan berwarna hitam menuju ke barat di 79th Street melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menghadiri upacara pengebumian.

Carter berkata bahawa keadaan 14 orang mangsa yang telah dibawa ke lima hospital masih tidak diketahui.

Jabatan Bomba mengatakan bahawa seorang wanita telah ditembak berkali-kali dan pesakit yang dibawa oleh mereka berada dalam keadaan serius hingga kritikal.

Dalam pada itu, upacara pengebumian tersebut dipercayai dilakukan untuk seorang mangsa tembakan yang terbunuh pada 14 Julai lalu di 74th Street dan Stewart Avenue di Englewood.

Sumber: CBS Chicago