suami isteri dilanggar pemandu mabuk
Sumber: Sinar Harian

15 Individu Disyaki Terlibat Kes Tular Masak Mi Segera Di Stesen Minyak Ditahan

Hannah

15 Individu Disyaki Terlibat Kes Tular Masak Mi Segera Di Stesen Minyak Ditahan

Polis telah menahan 15 individu berkaitan kes tular di mana mereka dipercayai telah memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman menyatakan bahawa penahanan tersebut melibatkan 10 lelaki dan lima wanita yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada Sabtu.

Menurut beliau, kesemua individu yang berusia antara 23 hingga 28 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil.

“Polis masih dalam proses merakam percakapan saksi ketika kejadian.

“Ini bagi melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada empat saksi untuk membantu dalam siasatan kes.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penularan sebuah klip video di laman sosial yang menunjukkan sekumpulan individu ‘berkelah’ dan memasak di sebuah stesen minyak dipercayai di Genting Highlands, Pahang.

Tindakan tersebut mendapat kecaman netizen kerana bimbang tindakan itu akan membahayakan keselamatan.

Video berdurasi satu minit dua saat itu menunjukkan beberapa individu sedang bersantai sambil memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih.

Turut kelihatan dalam video tersebut adalah sebuah kereta peronda yang memasuki stesen minyak tersebut, namun kumpulan terbabit tidak menghiraukan kehadiran pihak polis dan meneruskan aktiviti mereka.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan mengenai kejadian dibuat oleh seorang wanita berusia 47 tahun yang bekerja di stesen minyak tersebut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

BACA: Kematian Raisi, Amirabdollahian Kehilangan Besar Dalam Dunia Kepimpinan Islam – Mohamad

Sumber: Sinar Harian