15 Ganjaran Suami Boleh Bagi Dekat Isteri Sebagai Satu Penghargaan

Aina

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sudah menjadi kebiasaan bahawa wanita itu sukar untuk difahami isi hatinya, kerana setiap manusia berlainan keinginan dan kemahuan. Mungkin bagi kaum Adam, apa yang mereka mahukan hanya melalui percakapan namun bagi seorang insan yang bernama isteri lebih suka dengan sifat memendam rasa.

Terbaru, menerusi laman Facebook, seorang lelaki Akhtar Syamir memuat naik mengenai apa ganjaran yang boleh diberi oleh seorang isteri. Menurutnya, ia mengemukakan beberapa cadangan untuk dikongsi.

Ada orang tanya, apa reward yang boleh beri kepada isteri?

Cadangan saya :

1. Bawa ke Watsons 2. Offer nak beli apa di Shopee 3. Bawa ke Salon 4. Belanja makan kat tempat yang dia suka 5. Cakap yang dia perlukan tudung baru 6. Bawa pergi IKEA 7. Pergi bercuti 8. Bawa mak dan ayahnya berjalan 9. Belikan barang keperluan rumah mentua 10. Ajak keluarganya datang rumah dan jamu mereka 11. Emas 12. Beg tangan 13. Jam 14. Bawa pergi kedai ECO 15. Jagakan anak, bagi isteri ME TIME

Korang tolong sambung lagi list ni boleh?

Kesimpulannya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak seorang isteri, namun kita kadangkala mengambil sifat acuh tak acuh dengan persekitaran.

Tunaikan apa yang mereka perlukan ini, pasti ada dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.

Sumber: Facebook