Sehingga 22 Julai 2021, Malaysia mencatatkan 13,034 kes baharu Covid-19 hari ini dan menjadikan jumlah kes keseluruhan mencecah 964,918 kes. Perkara itu dimuatnaik di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagi pecahan kes setiap negeri pula, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 6,049 kes menjadikan kes keseluruhan di negeri itu mencecah 343,946 kes. Diikuti dengan Kuala Lumpur dan Johor.
Kes kumulatif di seluruh Malaysia juga sudah menghampiri angka 1,000,000 kes apabila hari ini kes kumulatif sudah pun mencapai 964,918 kes. Jika peningkatan kes ini berterusan, tidak mustahil angka satu juta itu akan tiba.
Dalam perkembangan lain, pada 21 Julai 2021, Malaysia dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjaya memberi 446,052 dos vaksin Covid-19 kepada penerima. Secara keseluruhan, sudah 15,517,866 dos vaksin telah diberikan setakat semalam (21 Julai 2021).
Sumber: Tan Sri Noor Hisham