
Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah berkata sokongan itu juga adalah bagi memastikan Ahmad Zahid meneruskan perjuangan beliau dalam memastikan parti terus relevan pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian UMNO bersama Presiden Parti di sini hari ini.
Pada masa sama, Mohd Shafie turut menyeru mana-mana Ketua Bahagian UMNO yang meragui kepimpinan Presiden agar ‘kembali’ untuk memastikan parti itu terus bersatu padu.
— BERNAMA
Sumber: Bernama