
Hari ini bolasepak dunia dikejutkan dengan wujudnya European Super League yang sebelum ini hanya gosip dan cakap-cakap sahaja. Tetapi, hari ini 12 kelab gergasi eropah sudah sah akan menyertai European Super League.
Menurut wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, jawatankuasa eksekutif UEFA sudah bermesyuarat hari ini bersama FIFA, Premier League, La Liga dan Serie A dan sependapat untuk tidak mengiktiraf Super League.
12 pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan akan disekat dari menyertai UEFA Champions League dan Liga Domestik negara masing-masing. Tetapi 12 kelab itu tetap dengan pendirian mahu bermain dalam liga domestik walau sudah menyertai Super League.
12 pasukan yang terbabit adalah Liverpool, Man.United, Man.City, Arsenal, Spurs, Chelsea, Ac Milan, Inter Milan, Juventus, Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid. Super League ini akan dipengerusikan oleh Presiden real Madrid, Florentino Perez.
Sumber: Fabrizio Romano