Sebanyak 11% populasi yang berumur 18 tahun ke atas di Lembah Klang dilapor masih belum mendaftar untuk divaksinasi setakat ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menyeru kepada semua individu dewasa yang berumur 18 tahun ke atas di negeri Selangor dan Kuala Lumpur untuk segera mendaftar bagi memastikan operasi lonjakan kapasiti mampu dijayakan.
Menurutnya, usaha memperhebat vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur itu adalah bagi menurunkan kadar kebolehjangkitan seperti yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Labuan.
“Sehingga kini Wilayah Persekutuan Labuan berjaya memvaksinasi 85.3% populasi dewasa dan kadar kebolehjangkitan sehingga semalam adalah kedua terendah dalam negara di atas Perlis iaitu sebanyak 0.84 dengan kes terbaru yang direkodkan semalam juga adalah 26 kes sahaja.
“Untuk itu kita harap model dan hasil yang sama kita akan dapat capai di Kuala Lumpur dan Selangor melalui Operation Surge Capacity ini,” ujarnya.
Sumber: MOSTI, Awani