hujan petang ini
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

11 Negeri Diramal Hujan Petang Ini – METMalaysia

Iqbal Yasir

11 Negeri Diramal Hujan Petang Ini – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan hingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah termasuk keseluruhan negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Kelantan pula di daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Bagi Terengganu, kawasan yang terlibat adalah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Sementara di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong.

“Selain itu, di Johor beberapa daerah diramal hujan seperti Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.

“Beralih ke Sabah, melibatkan kawasan Pedalaman (Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Tawau),” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Jawatankuasa Fatwa MKI Putuskan Ahli Sunah Waljamaah Mazhab Rasmi Negara

BACA: Kedutaan Besar, Muhammadiyah Bahas Penubuhan Malaysia Madani Malindo Di Jakarta