
11 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap beberapa negeri hingga jam 9 malam ini.
Menurut METMalaysia dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Difahamkan, seluruh negeri Perak, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal dibadai cuaca buruk berkenaan.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala Pulau Pinang pula di kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Bagi sebelah pantai timur pula melibatkan daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan selain Terengganu di daerah Hulu Terengganu dan Dungun.
“Empat daerah di Pahang yang tidak terkecuali termasuk Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bera dan Rompin.
“Di Selangor, daerah yang dijangka mengalami cuaca buruk itu termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
“Di samping itu, daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan turut tidak terkecuali,” maklum METMalaysia.
Beralih ke Sarawak, kawasan yang dinyatakan METMalaysia melibatkan Kuching (Kuching), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Marudi) dan Limbang.
Manakala di Sabah termasuk Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar).
Sehubungan itu, METMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
“Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
“Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut,” katanya lagi.
BACA: Seronoknya Hidup Berpakat, Penghuni Kerjasama ‘Hias’ PPR Tak Ubah Kondo Mewah
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia