Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 11 lagi kes COVID-19 varian Omicron dikesan di negara ini.
Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 11 kes tersebut adalah kes import dari lima negara.
Justeru, jumlah kumulatif bagi kes import yang disahkan varian Omicron di Malaysia setakat ini adalah 13 kes.
Dalam pada itu, kes COVID-19 baharu turut mencatatkan peningkatan sebanyak 4,083 kes pada hari ini.
Sumber: Twitter BERNAMA