Permohonan temu janji vaksinasi AstraZeneca baru saja dibuka pada jam 12 tengah hari tadi. Difahamkan kira-kira 260,000 dos vaksin yang tersedia bagi peringkat ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, kira-kira 100,000 temu janji sudah berjaya dimohon oleh pendaftar sejak permohonan dibuka sejam yang lalu.
Ini bermakna baki temujanji yang masih ada hanya sekitar 160,000 sahaja lagi. Oleh itu, sama-samalah kita membuat permohonan temu janji vaksinasi dalam kadar segera.
Jangan lupa untuk ke laman sesawang www.vaksincovid.gov.my untuk permohonan. Moga ada rezeki untuk kita.
Sumber: Twitter