100 peratus golongan dewasa di Malaysia disasar akan menerima dos lengkap vaksin pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perkongsiannya di laman Facebook tadi.
Menurutnya, jadual asal adalah 80% penduduk Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022. Sasaran ini kemudiannya dipercepatkan ke Disember 2021. Namun, dengan penemuan varian-varian baharu COVID-19 yang lebih ganas, sasaran program vaksinasi dipercepatkan lagi.
Antaranya sasaran program vaksinasi yang lain ialah seperti di bawah:
– 100% populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos 2021 di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti.
– 100% populasi dewasa di Sarawak akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada akhir Ogos.
– Hampir semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 50% pada akhir bulan Ogos 2021.
– Semua negeri akan mencatatkan kadar vaksinasi melebihi 70% pada bulan September 2021.
– 100% populasi dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin pada bulan Oktober 2021.
– Peningkatan kapasiti untuk mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari.
Sumber: