Kredit gambar: KELSS

10 Tahun Terlantar Tanpa Tempurung Kepala, Amirul Perlukan Sumbangan Beli Susu Khas & Keperluan Lain

Nur Adnin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dirasai oleh pemuda bernama Amirul ini dari Jalan Kubur Pulai, Slow Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Amirul atau nama penuhnya Mohamad Amirul Asyraf Saufi, 24, mengharungi hari-harinya hanya di atas katil sahaja sejak 10 tahun lalu.

Menurut perkongsian Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial (KELSS), Amirul telah kehilangan tempurung kepalanya akibat terlibat dalam satu kemalangan pada ketika itu.

Amirul yang terlantar sejak 10 tahun lalu | Gambar: KELSS

Mimpi ngeri itu menyebabkan pemuda ini hanya mampu terlantar di pembaringannya siang dan malam setiap hari sehingga ke saat ini.

Difahamkan, Amirul kini amat memerlukan bantuan awam berkenaan sumber perubatan, rawatan dan keperluan asas hariannya.

Berikut adalah senarai bantuan yang diperlukan:

  • Bekalan susu khas Enercal Plus 900 gram x 5 bulan RM65 x 15 tin sebulan x 5 bulan = RM4,875

  • Bekalan lampin pakai buang dewasa Tena saiz L x 5 bulan RM18 x 6 pek sebulan x 5 bulan = RM540

  • Bantuan kewangan ulang-alik rawatan = RM1,000Jumlah sasaran keseluruhan diperlukan = RM6,415

Sehubungan itu, sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank rasmi KELSS melalui bombor akaun 8602 4983 68 (CIMB) atas nama KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL.

Sebarang maklumat boleh dirujuk kepada wakil KELSS melalui pautan www.wasap.my/60179404640/Amirul.

Amirul diziarahi wakil KELSS baru-baru ini | Gambar: KELSS

Berdasarkan laporan terkini KELSS, jumlah kutipan sumbangan Tabung Kilat Amirul yang terkumpul setakat 8.15 malam tadi adalah RM3,300.

Baki sumbangan yang diperlukan segera kini masih berjumlah RM3,115 lagi.

Sumber: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial