
10 Negeri Diramal Hujan Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri hingga jam 8 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah diramal terlibat.
Manakala seluruh kawasan di negeri Pulau Pinang dan Kelantan dijangka hujan.
“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak pula melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Bagi Terengganu, daerah yang terlibat adalah Besut, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun sementara di Pahang seperti Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bera dan Rompin.
“Di Selangor, daerah yang terlibat hanya Hulu Selangor. Di Negeri Sembilan termasuk daerah Jelebu, Jempol dan Tampin.
“Beralih ke Johor, beberapa kawasan di ramal hujan seperti Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia