10 negeri 1 wilayah hujan
Kredit: Image FX
Tiada Kategori

10 Negeri, 1 Wilayah Dijangka Alami Hujan Lebat Malam Ini

Sofea

10 Negeri, 1 Wilayah Dijangka Alami Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.

Menurutnya, hujan lebat diramal berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Selain itu, keadaan cuaca tersebut juga akan melanda Kedah iaitu di daerah Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala, di Perak pula membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung dan Perak Tengah.

Di Kelantan, daerah yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Bagi negeri Terengganu pula, ia melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

BACA JUGA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia

“Hujan lebat juga akan berlaku di Pahang iaitu di Lipis, Jerantut, Temerloh dan Maran. Manakala di Selangor hanya melibatkan Hulu Selangor.

“Di Johor pula, hujan diramal di daerah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” kata MetMalaysia.

Beralih ke Sarawak, ia membabitkan daerah Kuching (Kuching), Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah pula melibatkan Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sumber: Malaysian Meteorological Department