10 Mata Wang Asia Paling Kukuh 2025, Malaysia No. 5
Tahun 2025 menyaksikan prestasi memberangsangkan beberapa mata wang utama Asia, termasuk Ringgit Malaysia yang tersenarai dalam 10 mata wang paling kukuh dalam rantau ini, lapor CNBC Indonesia.
Meskipun ekonomi global dilihat terus berdepan dengan ketidaktentuan akibat dasar perdagangan baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump terutamanya selepas dasar perlindungan ekonomi Washington.
Antara faktor utama pengukuhan mata wang Asia ini akibat pengumuman tarif import sehingga 100 peratus oleh Washington pada April 2025.
Situasi ini mengakibatkan perdagangan antarabangsa terjejas dan meningkatkan turun naik pasaran kewangan global.
Namun, di sebalik keadaan tersebut, mata wang serantau berjaya mengekalkan momentum positif, dengan Malaysia muncul di tangga ke-5 mata wang paling kukuh bagi tahun ini.
Berikut 10 mata wang mencatatkan pengukuhan terbaik sepanjang tahun ini.
Senarai 10 Mata Wang Asia Paling Kukuh 2025
1. Somoni (Tajikistan) mengukuh sebanyak 15.67 peratus berbanding dolar AS
2. Shekel (Israel) mengukuh 9.63 peratus berbanding dolar AS
3. Dolar (Taiwan)mengukuh 6.48 peratus berbanding dolar AS
4. Som (Uzbekistan) mengukuh 5.92 peratus berbanding dolar AS
5. Ringgit (Malaysia) mengukuh 5.51 peratus berbanding dolar AS
6. Dolar (Singapura) mengukuh 5.02 peratus berbanding dolar AS
7. Dolar (Brunei) mengukuh 5.02 peratus berbanding dolar AS
8. Bath (Thailand) mengukuh 4.85 peratus berbanding dolar AS
9. Rial (Yaman) mengukuh 4.19 peratus berbanding dolar AS
10. Lari (Giorgia)mengukuh 3.60 peratus berbanding dolar AS
Gambar: CNBCFaktor Ringgit Mengukuh
Menurut laporan Economic Outlook 2026 Kementerian Kewangan Malaysia, pengukuhan ringgit dipacu oleh kelemahan dolar AS akibat ketidakpastian dasar perdagangan Washington serta kebimbangan terhadap kedudukan fiskal jangka panjang AS.
Selain faktor luaran, kekuatan domestik, reformasi struktur ekonomi, dasar fiskal yang mampan, serta hubungan perdagangan erat dengan China sebagai rakan dagang turut menyokong ringgit.
Gambar: CNBCIa secara tidak langsung menjadi prospek pertumbuhan ekonomi yang stabil dan prestasi eksport yang kukuh dalam meningkatkan daya tarikan ringgit di kalangan pelabur menjelang akhir tahun ini.
Sementara itu, Rupiah pula melemah hingga 2.98 peratus sepanjang tahun ini.
Sumber: CNBC Indonesia