
10 Bintang Bola Sepak Dengan Gaji Tertinggi Dunia 2025
Dalam dunia bola sepak moden, kejayaan di atas padang bukan lagi satu-satunya ukuran kehebatan seseorang pemain.
Pengaruh di luar padang, termasuk populariti di media sosial dan nilai komersial, kini memainkan peranan besar dalam menentukan siapa yang benar-benar ‘bernilai tinggi’.
Tahun 2025 menyaksikan senarai pemain berpendapatan tertinggi dunia yang dikeluarkan oleh Forbes, dan seperti dijangka, nama Cristiano Ronaldo sekali lagi mendominasi carta.
Legenda Portugal berusia 40 tahun ini masih menjadi raja pendapatan dunia bola sepak. Dengan kontrak dua tahun baharunya bersama Al Nassr, Ronaldo dijangka meraih $230 juta daripada gaji dan bonus atas padang, serta tambahan $50 juta daripada pelbagai kerjasama luar padang.
Dengan lebih satu bilion pengikut di media sosial, beliau mengetuai senarai ini buat kali keenam dalam tempoh 10 tahun, bukti pengaruh globalnya masih belum pudar.
Bintang Argentina dan ikon Inter Miami ini berada di tempat kedua dengan pendapatan keseluruhan $130 juta.
Walaupun sudah berusia 38 tahun, Messi kekal menjadi magnet jenama besar seperti Adidas, Lay’s dan Mastercard, menyumbang $70 juta daripada pendapatan luar padang.
Kapten Al-Ittihad ini terus menikmati kemewahan di Liga Pro Saudi. Benzema, yang meninggalkan Eropah selepas tempoh gemilang bersama Real Madrid, meraih $100 juta daripada kontrak bermain dan tambahan $4 juta daripada aktiviti luar padang.
Walaupun perpindahannya ke Real Madrid mendapat perhatian besar, Mbappé juga terus menjadi wajah penting bagi pelbagai jenama global.
Pendapatannya tahun ini mencecah $95 juta, dengan $70 juta daripada gaji dan $25 juta daripada tajaan.
Penyerang muda sensasi Manchester City ini membuktikan bahawa bakat luar biasa mampu diterjemahkan kepada nilai besar. Haaland memperoleh $60 juta daripada padang dan $20 juta daripada jenama seperti Nike.
Pemain lincah dari Brazil ini kini menjadi wajah baharu Real Madrid, dengan pendapatan keseluruhan $60 juta. Popularitinya di Amerika Selatan dan Eropah menjadikannya antara bintang muda paling bernilai.
Penyerang Mesir dan tonggak Liverpool ini menandatangani lanjutan kontrak dua tahun pada musim panas lalu. Salah memperoleh $35 juta daripada padang dan tambahan $20 juta daripada jenama terkenal, menjadikannya antara pemain paling berpengaruh dari benua Afrika.
Rakan sepasukan Ronaldo di Al Nassr, Mané mengaut $50 juta hasil gaji di padang, manakala selebihnya datang daripada kontrak tajaan. Kehadirannya dalam senarai ini mengukuhkan pengaruh pemain Afrika di peringkat global.
Pemain tengah muda Real Madrid ini semakin menyerlah bukan sahaja di padang, malah dalam dunia pemasaran. Dengan usia yang masih muda, Bellingham memperoleh $29 juta daripada aksi di padang dan $15 juta daripada penajaan.
Bintang remaja berusia 18 tahun ini mencipta sejarah sebagai pemain termuda pernah tersenarai dalam laporan tahunan Forbes. Pemain sayap Barcelona yang mewarisi jersi No.10 milik Messi ini menandatangani kontrak 10 tahun dan dijangka meraih $43 juta keseluruhan, angka luar biasa bagi pemain sebayanya.

Secara keseluruhan, sepuluh pemain bola sepak termahal dunia ini dijangka mengumpul $945 juta musim ini, hanya sedikit menurun daripada $983 juta pada tahun sebelumnya.
Walaupun jumlah itu menurun, dominasi pemain dari Liga Pro Saudi dan LaLiga jelas menunjukkan perubahan landskap bola sepak dunia, lapor ESPN.
BACA: Zidane Dedah Nama 3 Pemain Yang ‘Pukau’ Dirinya
Sumber: ESPN