Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menggesa orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera bagi mencegah virus Covid-19 terus tersebar luas di negara ini.
Menurut kenyataan di sidang media, lebih kurang 32 peratus iaitu bersamaan satu juta warga emas masih belum mengambil vaksin dos penggalak setakat ini.
“Sehubungan itu KKM minta mereka yang berusia 69 tahun ke atas segera dapatkan dos penggalak dan boleh datang (secara) walk-in ke mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara,” memetik ucapannya dalam sidang media itu.
Oleh itu, Khairy menyeru orang ramai agar menggalakan menggalakkan ahli keluarga mereka mendapatkan suntikan dos penggalak tersebut dengan segera.
Sumber: KKM