hutan terbakar taman seri timah balakong
Gambar: JBPM Selangor

1.2 Hektar Hutan Di Taman Seri Timah, Balakong Terbakar

Iqbal Yasir

1.2 Hektar Hutan Di Taman Seri Timah, Balakong Terbakar

KUALA LUMPUR — Satu kebakaran hutan berlaku di kawasan berbukit Taman Seri Timah, Balakong malam ini, melibatkan keluasan kira-kira 1.2 hektar.

Perkata itu disahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar.

Katanya, seramai 14 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Bandar Tun Hussein Onn digerakkan ke lokasi dengan bantuan BBP Seri Kembangan serta dua pasukan bomba sukarela (PBS Balakong dan PBS Serdang).

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu dan usaha pemadaman masih dijalankan.

Info lanjut menyusul

https://www.facebook.com/reel/778537878524929

Sumber: Bernama Radio