‘0 Views’ Walau Hampir Setahun Dimuatnaik, Cikgu Math Ini Ajar Teknik Jawab Soalan Yang Mudah Di Youtube

Azmil

Seorang guru matematik yang juga Guru Cemerlang dan sering memberi ceramah matematik di sekolah-sekolah iaitu Cikgu Zulkifligc Zulkifli ada membuat video-video mengajar teknik-teknik menjawab soalan matematik di Youtube.

Namun, hampir setahun beliau memuatnaik video tersebut tetapi masih lagi sifar tontonan. Beliau war-warkan tentang cahnnel Youtubenya iaitu Zulkifli Smartmath untuk orang ramai tonton videonya dan subscribe saluran youtubenya itu.

Mungkin ketika masih belajar di rumah ini boleh membantu anak-anak anda mempelajari teknik-teknik menjawab soalan matematik dengan lebih mudah.

Berikut adalah link Youtube beliau. Zulkifli Smartmath