Zeekr Definisikan Semula Kemewahan: Pengalaman EV Generasi Baharu Di Malaysia
Menjelang ulang tahun pertama operasi Zeekr Intelligent Technology Malaysia sejak pelancarannya secara rasmi pada Disember 2024, jenama ini meninjau kembali setahun yang penuh dengan inovasi berani, penglibatan pelanggan yang kukuh, serta kehadiran yang semakin berkembang dalam segmen kenderaan elektrik (EV) mewah tempatan.
“Kejayaan jenama kami tidak akan tercapai tanpa sokongan teguh dan kepercayaan daripada komuniti Malaysia. Kami amat menghargai sokongan ini dan kekal komited terhadap pasaran tempatan, dengan terus mencari pendekatan inovatif bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan,” kongsi Eddy Lu, Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia.

Sejak pelanggan melangkah masuk ke bilik pameran Zeekr hingga ke setiap perjalanan mereka, misi jenama ini jelas untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lancar, mewah dan efisien. Dengan kehadiran di lebih 40 negara, Zeekr sedang mendefinisikan semula erti sebenar memiliki dan memandu EV mewah di mana teknologi canggih berpadu dengan kemewahan serta ketenangan minda tanpa kompromi.
Tampilan Kemewahan Pintar: Zeekr X, Zeekr 009 dan Zeekr 7X
Barisan model Zeekr di Malaysia kini menggambarkan falsafah reka bentuk jenama ini seperti tenaga tersembunyi, inovasi pintar, dan kemewahan yang didefinisikan semula. Setiap model menjadi bukti kepada visi Zeekr terhadap kemewahan moden dimana inovasi bukan sekadar dilihat, tetapi turut dirasai.
Sebuah simbol gaya hidup urban yang berani, Zeekr X baru-baru ini dianugerahkan penarafan keselamatan 5-Bintang ASEAN NCAP, mencerminkan kualiti binaan premium serta sistem keselamatan pintarnya. Bahagian dalamannya direka sebagai gabungan sempurna antara kemewahan bandar dan kecerdasan teknologi tanpa kompromi, lengkap dengan 7 beg udara dan sistem ADAS menyeluruh, memastikan setiap perjalanan bukan sahaja selamat tetapi juga tenang dan menyenangkan.

Model terbaru dalam barisan ini, Zeekr 7X, dicipta untuk mereka yang mahukan lebih daripada sekadar mobiliti. Ia menawarkan peluang kepada pengguna untuk menikmati gabungan prestasi, keselesaan dan kemewahan dalam satu pengalaman pemanduan.
Dengan penarafan 5-Bintang EURO NCAP, Zeekr 7X dibina berasaskan Safety Dome Architecture yang inovatif, menggunakan keluli berketahanan tinggi dan aluminium tuang bagi memastikan keteguhan struktur luar biasa dalam lebih 40 senario pelanggaran berbeza.

Bahagian dalaman 7X pula menampilkan ruang yang luas dan mewah dengan nisbah keluasan kabin 83.34% serta ruang kargo maksimum 1,978L. Ia dilengkapi tempat duduk kulit Nappa premium, langsir matahari berkuasa, serta sistem audio 21 pembesar suara Zeekr Sound Pro 2160W, menjadikan setiap perjalanan satu pengalaman peribadi yang mengasyikkan dan mewah.
Sementara itu, model kegemaran ramai, Zeekr 009, memberikan peluang kepada penumpang untuk menukar perjalanan harian menjadi pengalaman seakan ruang lounge kelas pertama.

Dihiasi dengan pelbagai kemasan premium, bahagian dalam Zeekr 009 menawarkan ruang kabin 7.4m², jangkar tempat duduk kanak-kanak tiga baris, serta bumbung panoramik 2.16m², menjadikannya pilihan yang ideal untuk keseimbangan praktikal untuk keluarga dan kemewahan bertaraf eksekutif.
Antara ciri lain termasuk meja lipat tersembunyi dan skrin bumbung OLED 17” 3K, memastikan setiap detik dalam Zeekr 009 memberikan definisi baharu terhadap keselesaan, keanggunan, dan kemewahan yang sebenar.
Kenali Zeekr Lebih Dekat: Jelajah Zeekr di Pavilion Bukit Jalil
Bagi memperkukuh hubungan dengan pengguna Malaysia, Zeekr menjemput orang ramai untuk merasai sendiri dunia kemewahan pintar jenama ini melalui siri jelajah khas.

Butiran Jelajah:
Tempat: Pavilion Bukit Jalil, Aras 2, Zon Jingga (berhampiran Tsutaya)
Tarikh: 12 – 16 November 2025
Masa: 10:00 pagi – 10:00 malam
Pengunjung berpeluang meneroka dan memandu uji ketiga-tiga model (Zeekr X, Zeekr 7X dan Zeekr 009) serta mengalami sendiri falsafah reka bentuk, teknologi dan inovasi Zeekr yang diterapkan dalam setiap modelnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Zeekr Malaysia, layari laman web rasmi atau ikuti kami di media sosial:
Instagram:
Facebook:
TikTok: