Baru-baru ini kita digemparkan dengan insiden kemalangan ngeri melibatkan dua LRT di ibu kota yang saling merempuh dari arah bertentangan. Daripada 213 penumpang yang terlibat, 166 daripadanya cedera ringan manakala 47 lagi parah.
Menurut laporan semasa, kemalangan itu merupakan kejadian nahas LRT paling buruk dalam sejarah. Sudah tentu mangsa-mangsa terlibat tidak akan melupakan detik hitam ini.
Oleh itu salah seorang mangsa kejadian, Khairi menerusi laman Twitternya berkongsi kisah benar yang dialaminya sewaktu kejadian. Mari ikuti cerita di bawah ini.
Kebetulan Khairi sempat merakam suasana dalam LRT tersebut ketika keadaan masih tenang.
Namun tidak semena-mena, berlaku sesuatu di luar jangkaannya.
Belah sana berlumuran darah, belah sini mengerang sakit.
Terperangkap dalam terowong
Jelas Khairi, dia tidak mampu menghabiskan ceritanya lagi setakat ini atas sebab trauma. Di ciapan yang seterusnya, ada sambungan lain tentang apa yang berlaku selepas itu.
Ada seorang rakan bertanya tentang keadaannya. Kita boleh baca sambungan ringkas Khairi di bawah ini.
Baca sambungan ‘replies’ di bawah ini.

Jelas Khairi, dia masih belum mampu nak ceritakan kesemuanya lagi. Mungkin atas sebab trauma yang belum hilang. Semoga Khairi dapat tenangkan badan & fikiran buat sementara waktu ini.
Kalau ada rezeki, kita boleh baca sambungan kisah Khairi lagi. Semoga cepat sembuh ya.
Sumber: Twitter Khairi