Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kemaskini di laman facebookmsebenatr tadi memaklumkan masjid, surau jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Solat Hajat Khas bagi mendoakan kesejahteraan Baginda Yang Dipertuan Agong.
Menurut perkongsian tersebut lagi, solat hajat berkenaan akan dilaksanakan pada Rabu, 23 September iaitu hari ini selepas solat magrib.
”Marilah kita semua berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta baginda sentiasa berada di bawah riayah dan perlindungan Allah SWT,” kata kenyataan itu lagi.
Sumber: JAWI